PENGUNJUNG TEGAR

Monday 1 April 2013

Si dia


waktu : hampir tengah malam.
mood : hampa+teringat+terfikir.
lagu : cinta satukan kita.


Assamualaikum ! salam sejahtera:)


Haah ! "falling in love". yup ! itu sahaja yang aku boleh kata ! teruskan menulis aku !

Terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3

Dia menjadi perhatian aku. Dia buat aku tersentuh hati.
Ketampanan dia, kulit hitam manis dia, pandangan mata dia, senyuman dia, rambut halus yang mengikut peredaran zaman dia, janggut dia ! <3
Semua sempurna bagi aku ! buat mata aku ingin meratah segenap ruang luarannya.

Sehingga aku meneruskan pandangan mata aku yang melulu ini dibahagian bawah badan paras pinggang dia. Aku terhenti disitu.....
Abaikan yang lain, mata aku terus tertumpu pada sepasang kaki dia. Terlalu comel kaki dia untuk aku lihat. Punggung dia beralaskan material yang kurang empuk. Kerusi yang mempunyai pemegang untuk si manusia yang baik hati menolak beban dia. Cukup jauh dan berat untuk aku katakan, dia seorang jejaka tampan yang kurang upaya untuk berjalan dan hanya bertemankan kerusi roda untuk teruskan berjalan.

..........

ahhh ! cerita di atas ni semuanya karut !
..yang sebenarnya dari mula lagi aku sudah terpandang dari jauh kekurangan si dia, ketika aku dan dia bersama kebetulan ingin melintas sebatang jalan yang sesak dengan kenderaan. dan sehingga itu lah aku terpandang rupa dan keadaan fizikalnya yang lain. (aku suka melihat apa sahaja perkara yang tiba-tiba menarik perhatian) ouhh ! dia tidak keseorangan, si dia bertemankan sepasang insan yang berkeadaan istimewa seperti dia. Perempuan cina dan lelaki india. Ingin sahaja hati dan akal ini bantu si dia melintas, tetapi perbuatan tidak juga(menyesal gila ba**).

Mula terfikirkan banyak perkara.
Sejak..... sejak aku sudah berjaya keseberang jalan, aku terpandang si dia, mungkin sekadar pandangan kali terakhir aku buat si dia.
Tapi sebaliknya, kami sama-sama pandang. Dia mula senyum, aku juga turut membalas gembira. Semakin jauh kami, aku cuba poyo-poyo memandang kembali, dan si dia masih memandang dengan senyuman manis dia sambil melihat kepergian aku. Serius aku terasa perasaan yang amat "semacam" ! cukup ! cukup-cukup buat aku rasa segalanya ! sedih:'(

Tanpa aku kenal si dia,
aku sudah merasa menyesal.
aku sudah merasa gembira.
aku sudah merasa amat poyo.
aku sudah merasa sedih.
apakah?? dengan hanya satu senyuman kot.

Jauh aku berfikir
pelbagai soalan dibenak fikiran.
Dengan wajah tenang dia.
bagaimana kehidupan dia?
adakah dia cukup redha?
adakah dia cukup bersyukur?
cukup kuat kah dia?
adakah dia mempunyai kekasih hati?
adakah dia akan berkahwin?
dengan siapakah?
mampukah insan menerima dia sebagai teman sehidup?

Dan dengan laju hati aku menjawab aku SAGGUP terima !
Biar betul aku ni !

Itu kata hati,
hanya keadaan dan perbuatan masa akan datang yang dapat pastikan.

oleh : Atiahanis Ahmad

p/s : cukup tersentuh melihat manusia kekurangan sebegitu, buat mengingatkan aku betapa aku amat-amat lah bersyukur ! itu yang sepatutnya ! kenapa aku selalu suka dengan insan yang sekejap sahaja aku dapat lihat. dan tak mungkin dapat berjumpa lagi.  kalau awak membaca nurkilan ini, alangkah bagusnya kan:') saya doakan awak semangat dan kuat mengharungi segala gelodak dunia. amin. semoga kita berjumpa lagi di alam yang kita sama-sama akan turut berkumpul. *harapan, agak-agak dapat tak kita berjumpa lagi? banyak lagi yang aku perlu tanya. dan yang pasti aku akan sentiasa mendoakan beliau:') insyaAllah.




Siapa nama si dia?

Kami "BERCINTA" hanya sekejap cuma


2 comments: