PENGUNJUNG TEGAR

Monday 10 December 2012

Tanda tanya ?

waktu : waktu kerja tapi tak ada kerja:P
mood : menenangkan kepala yang serabut.

lagu : Pujaan hati dan Yakinkan aku menjemputmu - Kangen Band.


Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)


kali ni entry aku agak keperibadian sikit. (tak payah nk peribadi sangat lah) haha. tak de laa. kali ni lebih ke soal hati dan perasaan. ahhh. aku tak berapa minat sangat sebenarnya. tapi aku nak kongsi jugak laa kan;D Mungkin pengalaman aku atau mungkin juga korang keen.
 
Terima kasih kerana sudi membaca:)

_________________________________<3<3<3
 

Aku tanya,
itu satu pertanyaan okei.
Mengharap jawapan.
Entah kapan,
entah gimana.
Hanya sialan yang aku dapat.

Aku tersepit,

dan aku terpaksa serta dipaksa.
Gelodak hati membuak ingin jawapan,
tanda tanya jua menyelubungi.

Celaka sial !
Makian hanya kata hati.
mulut masih manis memujuk,
sayang, cinta, kasih.
Hishh ! Naik meremang aku.
Janji tetap tersadai.

Dari dulu,

dan mungkin selamanya,
masih menjadi tanda tanya.

Ia akan tetap terkubur,
gali dan gali dan lagi.
Kan terus menjadi rahsia.
Akan sampai bila?

oleh : Atiahanis Ahmad

p/s : sila lah luahkan wahai hati, jangan la dibiarkan diri mereka sebegitu lama tertanya-tanya. penat pulak okei menunggu;) bagi aku semua orang berhak untuk berahsia bagi yang mempunyai jawapan. tapi agak tidak adil juga kepada yang bertanya dan yang tertanya. mereka berhak untuk tahu jika ia betul-betul berkenaan dengan mereka. tapi fahami lah. bagi mereka yang tertanya, SABAR itu paling mustahak. last ! semoga berbahagia wahai mereka dan anda:)


Tempat kerja
7 Disember 2012

   
Teruskan. teruskan. teruskan MELUAH. MEMUNTAH. kata-kata yang terbuku.

Saturday 1 December 2012

Mula Dari Bawah

waktu : tengah malam buta
mood : tak boleh tido (tenang)
lagu : Tuhan jagakan dia.

 Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)

maaf aku sangat jarang berbelog. tapi aku ingin:) nak kongsi tentang pengalaman aku sndiri. apa yg aku rasa? apa yang aku fikir? dan apa yang aku buat:) teruskan melacur carutan !

terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3


Ingin sahaja terus dibawah,
walaupun dipandang kuli,

dipandang hamba,
dipandang lemah,
dan cetek ilmunya.
 

Ingin sahaja untuk terus keatas,
dipandang tinggi,
dipandang raja,
dipandang sombong,
dan tinggi ilmunya.

tapi..
lebih selesa dibawah.
Ya ! sederhana.
Abaikan,
itu semua yang dipandang mata.
tidak pula hati.

Beza pula,
pabila mula dari bawah dan terus keatas.
Ahhh. ngerti erti sabar tak ! 
Sang hamba murah ilmu dari raja.
Sang hamba baik hati dari raja.
Sang hamba lebih mengajar dari raja.

Segala-galanya dari hamba.
menampak kan dunia sebenar.
memperlihatkan penat lelah.

mendendangkan kehidupan naif.
itu yang mengajar pabila sudah diatas.

Terima kasih sang hamba,

tak lupa kasih kepada raja.
Perbedaan itu sebuah pengajaran.

oleh : atiahanis ahmaad

p/s : yang aku lihat, betapa payahnya orang bawahan. kita yang berada diatas perlu mendalami orang bawahan. rasa penat lelah mereka. dengar suara mereka. perihatin kat mereka. Satu bones kalau kita pernah berada dibawah. bila kita kat atas kita akan terasa kepayahan meraka. sayu. ingin je bagi bantuan. Apapun sila laa hormat orang dibawah okei. tak lama pun kita akan diatas. Akhirnya akan dibawah juga ditanam. TUHAN jagakan dia untuk aku:) tq !

Rumah tercinta

1 Disember 2012




 Yang penting ilmu kena sentiasa ada. dan terus BERTAMBAH:)

Saturday 3 November 2012

Tak perlu bising


waktu : syuruk dan selepas subuh. 
mood : bosan -.-“ + ceria;D (pagi yang indah)
lagu : adaMU-NajwaLatif 


 
Awak yang segak beruniform kerja.
Sakit?
Ahh ! tak sakit lah,
aku cukup kuat kot.


Awak yang manis bertudung.
Sakit?
Ishh ! betul, tak sakit,
dia cubit lagi sakit.


Awak yang bertubuh rendang.
Sakit?
Erkk. tengok muka bombastik aku ni,
memang tak lah.


Dia soalan.
Aku jawapan.
Soalan yang memberi impak kepada aku.
Jawapan yang membuatkan dia benar-benar skeptis.


Elit itu bukan aku.
bergamis itu dia.
Kalau ingin tahu,
aku ada Dia yang setia.


 Aku memang cukup kuat,
kerana dilindungi DIA.
Aku tak cukup sakit,
kerana kekuasaan DIA.
Aku cukup bombastik,
kerana adanya DIA.

oleh : atiahanis ahmad


p/s : aku tak tahu laa yg ni puisi ke, sajak ke, syair. Haha. Tapi yang penting aku rasa nk buat jugak apa yang aku nak buat ! tak pedulik. hehe. Selagi tak menyusahkan. Ingat ! hati-hati walau kat mana pun anda berada, biar pun dijalan raya:) Terima kasih membaca. terima kasih kat dia yang membantu. Dan syukur pada DIA;) Yaa Rabb.
 
Rumah tercinta
03 November 2012


Hanya padaMu aku sembah, kerana aku adaMu:)
a'ahhh. memang pun kenn. mmg aku suka makan ubat bebanyak cam nih. hehe. selagi kita usaha mengelak dan mengubati beserta doa. InsyaAllah:)

Thursday 1 November 2012

Aku ber "blogging" ??


waktu : selepas asar, waktu maghrib (ibu pesan dahulukan solat)
mood : agak melayan dengan hujan renyai-renyai.

lagu : I wish-FT Island
 
Assalamualaikum:) salam sejahtera;)

okei ! ini bukan kali pertama aku berbelog.

nak dijadikan cerita, sejak zaman mencari ilmu lagi aku dah bergiat dalam dunia belog membelog ni, since November 2009(sekarang pun masih mencari ilmu). Blaa. Blaa. Blaa. (membebel)

Tapi.. Belog yang lama menguatkan aku untuk membuat keputusan supaya tidak dipublickan ! haha. Erkk. Bagi aku mungkin tak sesuai menjadi tatapan umum untuk meratah dan menelan penulisan aku yang dulu(wahh.. gila ayat. haha) yea laa. Tak penting kot.

sebab aku tahu aku bukan lah sepenting mana untuk diambil tahu. Cehhh. Haha.

pedulik pulak aku kalau anda-anda, mereka-mereka, awak-awak agak tidak suka meratahnya. Tapi tetap berterima kasih kerana sudi juga visit my belog !!!
  (love pink-pink;) )

malas pulak aku nk mencarut lama-lama kat sini. Yang mensudikan diri membaca dan memfollow kan diri anda ke belog aku. Berbanyak-banyak kasih saya bagi kepada anda. (love bunga-bunga;D )

So terima lah kasih saya. Nahh. gatal -..-“


P/s : boleh kan kalau aku cakap aku baru disini? Sila menghulurkan bantuan yeaa:)


Tempat kerja. (waktu otak memikir untuk merungkai kata-kata)
30 Oktober 2012.



:')

On Blogger since November 2009 (Belog lama aku)

Si Melacur Kata


waktu : selepas solat asar, sebelum maghrib.
mood : memberontak dan agak kesakitan pada tubuh.


Terpaksa,
terpaksa,
dan lagi terpaksa.
Mengikut,
mengikut,
dan terus mengikut.
woi ! kenapa hati ini.

hati ini ingin,
ingin,
dan terus teringin.
Terus tercari-cari.
Terkadang kosong,
Terkadang buntu.

Ini kehendak hati ke nafsu?
Ahh ! pedulikan sial.
Ini kata aku.
Ini bahasa aku.
Ini buah fikiran aku.
Biarkan aku melacur disini.
Dan ini lah aku.


oleh : atiahanis ahmad

P/s : Biarkan aku melacur, mencarut, memaki dan terus memuji dengan penulisan:)
 

Rumah tercinta.
1 November 2012.




Ermmm. Aaaa. tengok ! aku bukan pandai berkata-kata pun, ni kan pulak untuk bermain kata:P