PENGUNJUNG TEGAR

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

Jauh

waktu : petang yang nyaman.
mood : hati tak keruan.
lagu : Buat ku disana - Mafa ft. Ronnie.



Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)

Bila ada je masa terluang untuk diri ku, mula lah aku mengeluarkan sesuatu yang diluar jangkaan ! haha. Ia pemberi semangat, ia penasihat yang jujur, ia penyeri duka, ia buat tersenyum:)
 

Terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3


Saat pertama kali

kau,
aku.
Melambai tanpa lihat,
menegur tanpa suara,
bermadah bak sang pria pujangga.

Kita terlihat jauh.
Kau hulur tangan mendepa,
aku juga turut mendepa,
kita sama-sama merasa
kedatangan angin lembut memukul.

Aku,
kau menangkap angin rindu.
Tidak terluah disaat kuat menahan,
bagai angin ribut yang disambut,
yang jiwa mampu hanya
menerbangkan Al-Fatihah dari jauh buat diri kau,
dan juga diri aku,
sebagai galang ganti.
Kita sama-sama merindu.

oleh : Atiahanis Ahmad


p/s : Aku benarbenar rindu. siapa? tiada siapa? rasa rindu tu adalah anugerah buat diri aku dari YANG MAHA ESA. Lumrah bila perasaan sebegitu dirasa. Aku cukup jaga perasaan sayang dan juga rindu aku, ia sesuatu yang amat mahal ! terkadang juga aku tidak dapat menahan segala yang datang.
krikkkk. krikkk. tolong la faham. haha. aku seorang yang LAMBAT dalam hal sebegini.



Renungan yang agak jauh kehadapan.

Saturday, 3 November 2012

Tak perlu bising


waktu : syuruk dan selepas subuh. 
mood : bosan -.-“ + ceria;D (pagi yang indah)
lagu : adaMU-NajwaLatif 


 
Awak yang segak beruniform kerja.
Sakit?
Ahh ! tak sakit lah,
aku cukup kuat kot.


Awak yang manis bertudung.
Sakit?
Ishh ! betul, tak sakit,
dia cubit lagi sakit.


Awak yang bertubuh rendang.
Sakit?
Erkk. tengok muka bombastik aku ni,
memang tak lah.


Dia soalan.
Aku jawapan.
Soalan yang memberi impak kepada aku.
Jawapan yang membuatkan dia benar-benar skeptis.


Elit itu bukan aku.
bergamis itu dia.
Kalau ingin tahu,
aku ada Dia yang setia.


 Aku memang cukup kuat,
kerana dilindungi DIA.
Aku tak cukup sakit,
kerana kekuasaan DIA.
Aku cukup bombastik,
kerana adanya DIA.

oleh : atiahanis ahmad


p/s : aku tak tahu laa yg ni puisi ke, sajak ke, syair. Haha. Tapi yang penting aku rasa nk buat jugak apa yang aku nak buat ! tak pedulik. hehe. Selagi tak menyusahkan. Ingat ! hati-hati walau kat mana pun anda berada, biar pun dijalan raya:) Terima kasih membaca. terima kasih kat dia yang membantu. Dan syukur pada DIA;) Yaa Rabb.
 
Rumah tercinta
03 November 2012


Hanya padaMu aku sembah, kerana aku adaMu:)
a'ahhh. memang pun kenn. mmg aku suka makan ubat bebanyak cam nih. hehe. selagi kita usaha mengelak dan mengubati beserta doa. InsyaAllah:)

Thursday, 1 November 2012

Si Melacur Kata


waktu : selepas solat asar, sebelum maghrib.
mood : memberontak dan agak kesakitan pada tubuh.


Terpaksa,
terpaksa,
dan lagi terpaksa.
Mengikut,
mengikut,
dan terus mengikut.
woi ! kenapa hati ini.

hati ini ingin,
ingin,
dan terus teringin.
Terus tercari-cari.
Terkadang kosong,
Terkadang buntu.

Ini kehendak hati ke nafsu?
Ahh ! pedulikan sial.
Ini kata aku.
Ini bahasa aku.
Ini buah fikiran aku.
Biarkan aku melacur disini.
Dan ini lah aku.


oleh : atiahanis ahmad

P/s : Biarkan aku melacur, mencarut, memaki dan terus memuji dengan penulisan:)
 

Rumah tercinta.
1 November 2012.




Ermmm. Aaaa. tengok ! aku bukan pandai berkata-kata pun, ni kan pulak untuk bermain kata:P