waktu : malam
mood : buntu
lagu : Tuhan tolong aku - imneeta cover by tia n SM band^^
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)
Mana yang sedar, ini adalah penulisan aku yang pertama untuk tahun 2014 kan. sekejap je dah bulan 4 ! kenapa bulan 4 baru aku nak update ? hmm. tak perlu tahu kot, sebab bukan ada pun yang baca belog aku ni yee dak ? ceehh.
Agak berejam jugak aku memikir untuk padat kan entry kali ini dengan penulisan yang macam mana. Yaaa. bukan senang nak ada masa untuk menaip ni. fuhh. Ratah lah setiap apa yang aku buat okei:)
Terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3
Tuhan ku,
aku hamba,
perintah MU pada ku,
perit menerima yang terkadang ku lupa.
Tuhan ku,
dulu aku pernah menyiksa diri,
melakukan perkara yang KAU mungkiri,
hingga ku rasa tiada harga diri.
Tuhan ku,
dunia yang kelam telah ku lawati,
sendirian merenung melihat diri,
bagai dipijak bumi.
Tuhan ku,
tiba malam ku bersujud,
dalam masih aku pada MU mengingati,
aku syukur kerna MU masih menyangi.
Tuhan ku,
aku sedar tanpa MU ku buntu,
ikatlah aku dalam rahmat indah Mu,
walau menitis air mata taubat ku.
Tuhan ku,
aku lalui itu,
dan aku memahami itu,
dan aku perlu bertindak untuk itu.
Tuhan ku,
tidak tegar aku biar mereka seperti aku,
kekuatan pada ku dari Mu aku perlu,
bantu aku.
Aku lemah mengaku kuat.
Terkadang sunyi.
oleh : Atiahanis Ahmad
p/s : ada hamba Allah yang rindu dengan penulisan aku, ye ke ? walau mengambil masa yang agak lama aku muncul juga. Alhamdulillah. Ini kali biar ia bermula dengan satu permulaan yang baru, harap dan mohon ada yang menyokong. Aku ingin bangkit dan menarik sekali meraka untuk bangkit kejalan-NYA. Bukan dengan kekuatan aku, tapi dengan kekuatan yang diberi kepada aku oleh-NYA.