PENGUNJUNG TEGAR

Monday, 13 May 2013

Lelaki dan pergi

waktu :  tengah malam
mood : gian nak menulis
lagu : Ku akui - Hafiz

Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)

Hai. hai. hai. ! Baru aku perasan yang belog aku ni amat lah jejarang diisi oleh insan yang mempunyai 9nafsu dan 1akal ini. Bukan aku tiada idea untuk menulis, sangat banyak okei ! tapi disebabkan akal aku lebih sedikit berbanding nafsu tu yang tak terupdate dek akal untuk memikirkan ayat. Bukan senang nak mengerah akal ni untuk berfikir di luar "kotak". Aku tak mahu menulis semata-mata ikotkan nafsu dan perasaan, biar lah difikir dahulu menggunakan akal, itu kedengaran lebih bijak mungkin ? okei. sila-sila lah meratah disetiap ruang penulisan belog ku ! daaaaa~~

*opsss. kali ni bukan penulisan dari aku, tapi dari seseorang yang aku amat KAGUM dengan hasil seninya. dan beliau juga adalah antara penceramah dan penasihat febret aku. mungkin tidak layak bagi beliau untuk aku katakan yang ilmu agama dan siviknya sangat tinggi dalam bersederhana, tapi aku tetap iya kan ! hanya mahu share untuk kita bersama merasa;)
 
okei ! sila tunggu penulisan dari aku akan datang ! *paksaan

Terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa

Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega
Tetapi dia terpaksa....
Izinkan dia pergi jua


Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
.... walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua


Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa.. lelaki itu kan pergi jua !



p/s : sudah tiba masanya dilepaskan jua, walau ku tahu ada sebabnya sendiri. 99akal mu sudah tidak ku sanggup memikul ditambah 1nafsu sial kau ! walau apa pun aku percaya jodoh tu tetap ada walaupun tidak bersama:) dan jodoh untuk bersama hanya yang Maha Penentu yang sudah menentukan. terima kasih anda untuk selama ini:') *untuk anda, ini tiada kena mengena pun dengan anda.



Memaafkan akan menenangkan



 
*****