waktu : dalam tengah malam.
mood : berfikir dan terus terfikir.
lagu : Zikir terapi - Imam muda najdi dan hafiz hamidun.
Assalamualaikum ! Salam sejahtera;)
Muncul dengan tiba-tiba je entry nih. Terasa nak menaip. ni penulisan aku yang pertama untuk tahun 2013. so enjoy !
Terima kasih kerana sudi membaca:)
_________________________________<3<3<3
Aku lemah bila tertindas dan ditindas.
Aku luluh saat dicerca.
Aku jatuh saat dihina.
Aku sedih bila terkecewa.
Setiap kekejaman telah ku rasa,
mungkin tidak sesekejam mana.
Tapi menaggung amatlah perit.
Lutut terasa goyah,
Badan hampir rebah,
Roh bagai terpisah dari jasad.
Apa lagi yang termampu?
Sabar?
Perkataan yang lama sebati,
hampir timbus tertanam,
terpaku tepat dihati.
Keras hati?
Arghh !
Aku hampir saja kalah !
Hati kalah dengan hati.
Tiada gunanya lagi.
Menahan kuat dalam lemah.
Menitis dan terus menitis,
dah hampir kering.
Sudah tiada yang usap.
Mana aku?
Adakah kuat?
Adakah lemah?
Yang naif itu aku,
yang sedih itu aku,
yang riang itu aku,
yang lemah itu aku,
yang kuat itu aku.
Aku tetap adalah aku.
oleh : Atiahanis Ahmad
p/s : Bersabar lah wahai hati, aku tahu suatu masa nanti akan ada, tapi aku tak pasti bila. dan aku sanggup menahan sabar:) dan yang pasti juga tak kan lama aku sebegini. Sila lah menindas wahai hamba, Terus lah mencaci wahai hamba. aku sabar aku juga yang berpahala:)
Tempat kerja(public holiday)
23 Januari 2013
membaca itu menenangkan:) usah peduli yang lain. haha;D |